Kenapa anda JANGAN lepaskan peluang menyaksikan Toyota Gazoo Racing!

oleh SALINA JALIL|
Toyota Gazoo Racing atau lebih dikenali sebagai TGR telah bermula di Malaysia sejak 2017 lagi. Ia juga melibatkan satu lagi siri perlumbaan yang dikenali sebagai Toyota Vios Challenge. Perlumbaan ini bukan persaingan di litar trek tetapi merupakan perlumbaan di jalanan yang diolah untuk menjadi trek perlumbaan sementara!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang TGR untuk pusingan pembukaan Musim Ketiga yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu bermula dari 7 dan 8 September ini adalah seperti berikut:-

 

  • Litar jalan tersebut cuma mempunyai jarak 1.65km sahaja.

  • Pembinaan untuk menjadikan ia sebuah litar jalan telah mengambil masa selama hampir sebulan.

  • Para pekerja pembinaan yang telah dilantik oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW) telah bekerja selama 16 jam sehari untuk menyiapkan litar jalan tersebut.

  • Tempoh masa untuk pembinaan semua halangan konkrit dan pagar tinggi di litar jalan ini mengambil masa dua minggu.

 

gazoo KT

 

 

  • Setiap blok konkrit yang bertulang dan penghalang yang berukuran tiga kaki lebar, berketinggian lapan kaki dan seberat empat tan setiap unit ini mampu menahan impak pada kadar 200km/jam.

  • Secara purata, litar jalan ini menggunakan 800 blok konkrit dan menggunakan perkhidmatan 70 treler empat gandar untuk mengangkut halangan ini dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada jarak 436km.

  • Bagi memastikan perlumbaan ini selamat dan bertauliah, UMW telah mengikut garis panduan dari FIA (Fédération Internationale de l'Automobile), yang merupakan badan pengawal antarabangsa untuk sukan bermotor! Landasan ini telah diperiksa, diuji dan diperakui sebelum bermulanya pelepasan kereta perlumbaan yang pertama!

 

 

 

Memandangkan jumlah masa, usaha dan pelaburan yang dilakukan dalam menganjurkan satu acara seperti ini, tidakkah ia lebih mudah untuk mengadakan siri perlumbaan Toyota Gazoo Racing dan siri Toyota Vios Challenge pada litar trek yang bertaraf antarabangsa?

 


Presiden Motor UMW Toyota Ravindran K. telah berkata, "Toyota mahu mewujudkan impak yang lebih besar di dalam sukan motorsport Malaysia dan pada masa yang sama membuat sumbangan penting dengan memberi lebih banyak pendedahan tentang sukan motorsports ini. 

 

Selepas mempertimbangkan dengan teliti semua faktor, kami percaya pendekatan terbaik untuk menimbulkan minat dan penghargaan kepada penduduk tempatan dalam sukan motorsport adalah dengan membawa perlumbaan lebih dekat kepada rakyat. Selain itu konsep berlumba di jalan memberikan satu cabaran yang berlainan dari berlumba di trek". 


 

 

Jumlah keseluruhan untuk dua musim perlumbaan terdahulu adalah sebanyak 16 perlumbaan. Ia telah menarik minat  hampir 100 peminat selebriti, peminat amatur dan profesional, dengan jumlah penonton kira-kira sebanyak 200,000 penonton dan lebih 1.1 juta penonton atas talian yang ditayangkan secara langsung di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Johor dan Pulau Pinang. 

 

Semua perlumbaan terdahulu telah diadakan pada litar jalan yang dibina khas kecuali satu pusingan tunggal musim lalu di mana ia telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. 

 

Pertandingan Musim Ketiga ini juga akan turut berlangsung di tiga litar jalanan dan di Litar Antarabangsa Sepang untuk pusingan keempat dan terakhir. 

 

Dengan persediaan yang lengkap dan terperinci, bukan sahaja demi keselamatan penonton tetapi para pelumba juga, adakah anda akan melepaskan peluang untuk melihat secara langsung perlumbaan yang sah di depan mata sendiri?

 

Jumpa anda di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 6 dan 7 September ini!

 

gazoo KT 2

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…