Kenapa banyak Proton dalam filem "Extraction"? - Ini kata pengarahnya

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat Proton bersorak riang apabila jenama mereka membuat kemunculan dalam sebuah filem Netflix, Extraction bulan lalu.

Beberapa model Proton, dari Saga FL ke Satria Neo dan Savvy membuat kemunculan di dalam filem itu yang dilakukan di Bangladesh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman web SoyaCincau menghubungi Netflix untuk bertanyakan kepada pengarah filem tersebut, Sam Hargrave, mengapa kenderaan Proton sering kelihatan di dalam beberapa adegan.

Menurut Hargrave, mereka membuat lawatan ke Dhaka, Bangladesh dan merata India untuk filem tersebut dan mereka lihat ada banyak kenderaan Proton di atas jalanraya.

 


 

 

"Untuk memastikan adegan-adegan di jalanraya sekitar bandaraya Dhaka itu nampak tulen, kami pastikan kereta-kereta Proton ada kelihatan," ujarnya.

"Malah polis Dhaka juga ada menggunakan model-model Proton," sambung Hargrave.

Syarikat PHP Automobiles memasang lima model Proton di Bangladesh - Saga, Preve, Exora, Geely X70 dan Persona.

Penggambaran filem Extraction sebenarnya dilakukan di tiga negara - Bangladesh, India dan Thailand.  Ia sedang ditayangkan di Netflix dan dibintangi oleh Chris Hemsworth.

Berita Berkenaan

Berita Global
Siri tersebut akan difilemkan oleh produser filem Brazil Fabiano Gullane di mana ia telah pun…