Kenapa kedai tayar ini masih antara yang paling popular di Malaysia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara masalah yang sering diutarakan kepada Careta ialah cadangan kedai tayar yang boleh dipercayai.

Jika anda aktif di dalam kelab kenderaan, pastinya ramai rakan-rakan yang mampu memberi cadangan tetapi realitinya, ramai orang hanya menganggap kereta itu sebagai alat dan pada mereka, semua kedai tayar itu sama dan bahasa teknikal yang digunakan oleh juruteknik di situ sama berbelitnya seperti seorang Jawa bertutur bahasa Perancis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar yang veteran, terkenal dan boleh dipercayai - Lim Tayar.

Jenama Lim Tayar ini sudah bermula sejak tahun 1985 lagi, dan untuk pakcik-pakcik dan uncle-uncle, Lim Tayar ialah umpama Colgate untuk ubat gigi, Bata untuk kasut sekolah dan  

Sebut tayar, dan mereka akan terus ke Lim Tayar.

Ada sebabnya kenapa nama Lim Tayar terus wujud sehingga ke hari ini dan dari hanya satu cawangan di Jalan Gombak, Lim Tayar kini sudah berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

 

 

1. Orang lama

  • Lim Tayar dikendalikan oleh veteran-veteran yang mahir dengan industri tayar. 
  • Mereka cuba memahami masalah pelanggan terlebih dahulu sebelum memberi cadangan melalui pengalaman juruteknik yang bertauliah dalam mengendali hal-ehwal kenderaan. 
  • Dan oleh kerana syarikat Lim Tayar sudah betapak lama di dalam industry automotif, Lim Tayar mempuyai sistem mutlak seperti kepatuhan/pautan ISO 9001.
  • Malahan juga, latihan yang berterusan buat juruteknik untuk memastikan kualiti terunggul. 

 

 

2. Perhubungan rapat dengan syarikat tayar

  • Ini adalah satu kelebihan yang hanya didapati dengan syarikat besar.
  • Sama seperti All IT Hypermarket yang terkenal dengan alat-alat computer dan Jakel yang popular dengan kain-kain, Lim Tayar pula rapat dengan syarikat tayar dan ini menjamin bekalan produk tulen, berkualiti dan yang berterusan, serta informasi terkini dari pembuat tayar sendiri.
  • Paling menarik, tawaran-tawaran istimewa dari pengilang akan disalurkan kepada pelanggan Lim Tayar juga.

 

 

3. Reputasi yang perlu dijaga

  • Syarikat yang besar mempunyai risiko yang lebih tinggi jika berlaku kesilapan atau kekurangan. Lim Tayar sangat arif tentang isu ini dan juga isu yang melanda imej kedai tayar.
  • Kerana itu, mereka akan menunjukan komponen yang perlu digantikan dan juga memberikan pilihan mengikut bajet pengguna.
  • Mereka juga akan melakukan sistem keselamatan 15-penjuru apabila pelanggan menghantar kereta untuk melakukan servis interval. Ini untuk memastikan bahagian kenderaan yang lain berada dalam keadaan baik, dan juga untuk memberi anggaran buat pelanggan akan isu yang memerlukan perhatian selanjutnya. 
  • Mungkin ada yang berkata perkhidmatan mereka bukan yang termurah, tetapi yang pasti, caj perkhidmatan Lim Tayar bukan yang termahal dan harganya sentiasa sama, bukan turun naik mengikut "mood" taukey.
  • Kita juga tidak boleh membayar caj Sri Malaysia untuk mendapat bilik semewah Hilton dan walaupun semua kuih akok itu nampak serupa, ada sebab kenapa yang sedap itu sentiasa "up" sedikit harganya!

 

 

4. Ada promosi tayar!

  • Sempena Hari Raya ini, Lim Tayar akan memberikan beg komputer riba "Less Is More" yang berkualiti tinggi sekiranya anda membeli empat tayar dari jenama Pirelli, Continental, Yokohama, Hankook atau Interstate.
  • Promosi begini hanya boleh dilakukan oleh syarikat besar sahaja, seperti Lim Tayar tetapi anda perlu segera kerana promosi ini berakhir pada 9 Jun atau sehingga stok masih ada.

 

 

5. Ada peraduan Hari Raya dan boleh menang tayar percuma!

Dari hari ini sehingga 22 Mei 2019, Lim Tayar menganjurkan peraduan di mana anda berpeluang untuk memenangi empat buah tayar percuma bernilai RM1,500!

Cara untuk menyertai peraduan ini sangat mudah:

 

i. Kongsikan (share) Facebook post ini (klik pautan ini untuk ke FB Lim Tayar), dan ayat ini di Facebook anda:

Hari Raya ini, saya mahu empat buah tayar [masukkan salah satu dari empat jenama tayar yang tersenarai di dalam hashtag di bawah] dari Lim Tayar kerana [masukkan sebab menarik dan kreatif anda di sini].

#Pirelli #Continental #Yokohama #Interstate #Hankook

ii. Dalam post Facebook anda di atas, check-in di salah satu cawangan Lim Tayar berdekatan dengan anda.

iii. Set post anda itu kepada "Public" agar pihak Lim Tayar mampu membacanya dan memilih pemenang.

iv. Kunjungi Facebook Lim Tayar dan “Like” page tersebut.

 

Peraduan ini akan berakhir pada 22 Mei 2019 dan pemenangnya akan diumumkan di Facebook Lim Tayar pada Jumaat 24 Mei nanti.

*Baca syarat dan terma peraduan dan promosi ini di pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…