Kenapa kod casis Nissan Z 2023 masih lagi digelar Z34, bukan Z35?

oleh Mohamad Hanif|
Sudah menjadi satu kemestian untuk komuniti peminat automotif menggelarkan sesebuah kereta sports menerusi kod casis/kod dalamannya, seperti contoh Toyota Corolla Sprinter Trueno dengan kod casis AE86 (A - siri enjin, E - model Corolla, 8 - generasi kelima, 6 - varian).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Samalah halnya dengan kereta-kereta sports lain seperti Honda Civic Type R (EK, EG, FD, FK), atau Nissan Skyline GT-R (KPGC10, KPGC110, R32, R33, R34) dan pelbagai model lagi yang bakal memanjangkan lagi artikel ini sekiranya disenaraikan.

Jadi bagaimana pula dengan Nissan Z 2023 yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini?

Meskipun ia sudah pun memasuki generasi ketujuh, Nissan Z 2023 masih lagi mengguna pakai kod dalaman Z34, sama seperti model Nissan Z yang terdahulu (Nissan 370Z). Kenapa hal ini terjadi?
 

Z


Memang benar, Nissan Z 2022 sebenarnya masih lagi mengekalkan platform yang sama dengan Nissan 370Z (kod casis Z34).

Menurut jawapan daripada wakil Nissan kepada Kuruma News, "Nissan Z 2023 secara asasnya sama seperti model 370Z, namun model baharu ini didatangkan dengan badan yang dipertingkat, talaan semula kepada casis, trenkuasa yang diperbaharui, serta rekaan luar dan dalam yang serba baharu.

Tambah beliau, 80 peratus daripada komponen Nissan Z 2023 menggunakan komponen baharu, dan walaupun platform kekal sama, prestasi pemanduan didapati meningkat dengan ketara.

Namun, satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah penjelasan lanjut daripada laman web Kuruma News yang memetik proses pendaftaran yang perlu dibuat oleh pengeluar setiap kali mereka memperkenalkan model baharu.
 

Z


Di Jepun, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan mengawasi proses pendaftaran yang dibuat untuk memastikan ia memenuhi standard peraturan keselamatan, pelepasan emisi, serta ujian yang dijalankan.

Disebabkan pelbagai ujian yang perlu ditempuh untuk pendaftaran model baharu, ia menjadikan kos pembangunan menjadi mahal buat Nissan, sekaligus menjadikan harga jualan Nissan Z 2023 tidak begitu berpatutan.

Jadi adalah lebih mudah sekiranya Nissan mengekalkan platform sedia ada namun dengan penambahbaikan bagi menjadikannya lebih relevan dengan peraturan semasa. Kos pembangunan pun tidaklah begitu mahal.

Menerusi pelancaran tempoh hari, Nissan Z 2023 ditawarkan pada harga sekitar $40,000 (RM169,480 berdasarkan pertukaran matawang semasa).
 

Z34


Jadi buat komuniti peminat automotif, mungkin sekali agak menjengkelkan apabila mereka tidak dapat merujuk Nissan Z 2022 sebagai Nissan Z35 seperti mana model terdahulu (Z31, Z32, dan Z33).

Apa yang pasti, Nissan Z 2023 mungkin sekali merupakan kereta sports tulen terakhir dari Jepun dengan ciri yang diidamkan - enjin konvensional tanpa bantuan hibrid, transmisi manual, serta pacuan roda belakang memandangkan Jepun bakal menghentikan penjualan kereta berenjin petrol dan diesel menjelang tahun 2035.

Baca: Nissan Z 2023

Baca: Jepun henti jual kereta petrol 2035

Sumber: Kuruma News

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…