Kenapa pad brek berbunyi (dan menyakitkan telinga)? Ini jawapan dari Bendix

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebagai pengguna kereta, adalah menjadi satu kewajipan untuk sentiasa memeriksa pad brek. Komponen itu adalah penting bagi memastikan kereta yang dipandu sentiasa selamat.

Di luar sana, banyak bengkel atau kedai alat ganti yang menawarkan pelbagai pilihan. Dengan arus teknologi juga membolehkan pengguna mendapatkan pad brek melalui pesanan dalam talian sahaja.

Memandangkan terlampau banyak pilihan, satu persoalan pula timbul iaitu bagaimanakah mahu memastikan pad brek yang dibeli benar-benar berkualiti?

Dalam bereksperimen, ada pengguna yang berjaya mendapatkan pad brek bagus dan tidak kurang juga tidak tenteram selepas menggunakannya.

Satu punca yang kerap terjadi ialah brek berbunyi. Apa yang berlaku sebenarnya?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
brake

 

Menurut Bendix yang memiliki pengalaman berpuluh tahun dalam bidang pembrekan ada tiga komponen utama yang boleh difokuskan untuk mengurangkan bunyi iaitu pad brek, cakera (rotor) dan sendal (shim) brek dan penebat (insulator).

Pada asasnya, geseran di antara dua komponen iaitu cakera dan pad akan menghasilkan getaran. Ini perkara biasa apabila dua komponen ‘berlaga’.

Apa yang perlu dibuat ialah menggunakan komponen betul supaya bunyi getaran tidak terlampau kuat seterusnya memasuki kabin dan menganggu ketenteraman penumpang kereta.

 

1.Pad brek

Bendix General CT

Bahan geseran (friction material) digunakan pada pad brek boleh mengurangkan bunyi melalui dua kaedah.

Pertama, pad brek yang mempunyai kompaun bagus dapat mengurangkan bunyi melalui pengekalan koefisien geseran (coeficient friction) secara konsisten dalam pelbagai suhu dan keadaan persekitaran atau cuaca.

Dengan mengekalkan koefisien geseran secara konsisten, perbezaan dalam tujahan (torque) brek dapat dikurangkan yang juga mampu mengurangkan kemungkinan penghasilan bunyi.

Kedua, sesetengah pad brek seperti Bendix General CT memindahkan kepingan (film) bahan geseran kepada permukaan cakera brek.

Pemindahan kepingan itu melindungi permukaan cakera brek.

Pad brek akan bersentuhan dengan permukaan panas dan semasa proses pembrekan, pemindahan kepingan menyumbang kepada perubahan tujahan brek yang minimum.

Secara lazimnya, kepingan atau filem dihasilkan semasa proses ‘bedding in’ atau pembiasaan brek namun Jaluran Biru Titanium pada pad Bendix membolehkan kereta terus dipandu seterusnya merasai kesan pedal dan daya pemberhentian serta merta dan mengurangkan bunyi brek.

 

2. Cakera brek (Rotor)

 

Bendix Disc Rotor

 

Apabila berlakunya bunyi bising, komponen yang sentiasa diberi perhatian ialah pad brek. Hakikatnya kebanyakan bunyi adalah disebabkan interaksi di antara kedua-dua pad dan cakera brek.

Cakera sebenarnya boleh bergerak dan menganjal apabila pendayaan brek berlaku dan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pergerakan ini akan menghasilkan bunyi.

Selain itu, bunyi brek akan meningkat apabila cakera brek mempunyai kadar metalurgi (ekstrak) rendah dan berbeza dengan reka bentuk asli (OE).

Permukaan cakera yang baik (smoothness) juga mempunyai kesan dalam penghasilan bunyi.

Apabila menggunakan semula cakera lama adalah penting untuk melicinkan kembali permukaan dengan brake lathe atau terma popular ialah skim brake.

Pengguna juga boleh mendapatkan alternatif lain iaitu gunakan sahaja cakera brek baharu Bendix yang dikenali sebagai SwiftFit.

 

3. Sendal (shims) dan penebat (insulators) brek

 

Brake

 

Sendal (shims) brek adalah kunci dalam pengawalan bunyi. Fungsi pertama ialah mengurangkan kadar getaran daripada pad dan cakera kepada komponen brek lain.

Kebanyakan sendal pada pad brek Bendix dilindungi lapisan getah yang diperkukuh dengan gentian (fibre reinforced rubber coating)

Kaedah itu dapat mengurangkan getaran secara signifikan berbanding sendal tanpa lapisan.

Pad brek Bendix jenis berprestasi mempunyai lapisan nitrile yang juga mempertingkatkan lagi rintangan haba.

Fungsi sendal yang kedua ialah menambah daya (mass) kepada pad brek. Ia akan menghasilkan getaran yang menghilangkan tenaga seterusnya mengurangkan tahap frekuensi yang menghasilkan bunyi.

Fungsi ketiga ketiga ialah sebagai penghadang termal agar panas dapat disebarkan dengan rata pada permukaan pad brek seterusnya memastikan tujahan brek yang konsisten.

Sendal brek Bendix diperbuat daripada besi gentian yang mempunyai aliran termal rendah dan direka supaya dapat bertahan sepanjang kitaran hayat pad brek.

 

4. Pelincir

Bendix Ceramasil Brake Parts Lubricant

Pelincir adalah sangat penting dalam komponen sistem pembrekan. Ia tidak hanya menjadikan pin angkup (caliper) berfungsi dengan cekap melalui aplikasi pada jejari angkup dan di antara sendal dan pad brek.

Ia juga bertindak sebagai pelindung yang dapat mengurangkan getaran semasa pembrekan.

Bagi mendapatkan kesan efektif, Bendix mempunyai produk tersendiri iaitu Ceramasil Brake Parts Lubricant.

Formula penghasilan pelincir Bendix ialah ia dapat terus berfungsi walaupun dalam cuaca panas melampau dan tekanan yang dihasilkan oleh brek.

 

Applying Bendix Lubricant

 

Pelincir itu juga tidak mengandungi petroleum yang boleh mengakibatkan penutup (boots) dan pengetat (seal) brek rosak dan gagal berfungsi.

Akhir sekali, atau senang cerita dan tidak mahu pening kepala memikiran pad brek mana yang berkualiti pilih sahaja jenama keluaran Bendix.

Ianya adalah produk dari syarikat berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang pembrekan.

Maklumat lanjut mengenai produk Bendix boleh didapatkan di http://campaigns.bendix.com.my/en/

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bendix baru ini mengumumkan melalui Malaysia FMP Automotive (Malaysia) Sdn Bhd bakal menaja…
Informasi
Bagaimana nak tahu brek bermasalah?     Secara asasnya komponen utama brek terdiri daripada…
Informasi
1. Bagaimana Cara untuk memeriksa kondisi pad brek? Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat…