Kenapa sesetengah jaket atau seluar menunggang terasa begitu mahal!!!

oleh SALINA JALIL|
Jaket dan seluar perlindungan atau keselamatan bagi menunggang motosikal biasanya dilengkapi di bahagian dalam dengan pad pelindung yang diperbuat dari pelbagai bahan busa seperti getah dan juga bahan sintetik CE. Lazimnya pad pelindung ini akan ditempatkan di bahagian yang cenderung terkena hentakan seperti bahu, siku, lutut dan juga pinggul.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Anda mungkin telah melihat pelapik berwarna oren terang keluaran syarikat d3o di Internet sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia boleh dikenal dengan mudah kerana pilihan warna yang terang itu. Pelapik d3o ini diperbuat daripada bahan perisai cecair iaitu ia nya terdiri dari binaan "molekul pintar" yang meningkatkan kelikatannya apabila dikenakan bebanan.

 

Oleh itu ia nya sangat fleksibel dan lembut bila dipegang atau dilentur secara perlahan-lahan, tetapi jika anda cuba mengubah bentuknya dengan cepat sebagai contohnya seperti menghentaknya dengan tukul, ia mengeras secara serta merta.

 

 

Ini membuatkan bahan ini amat sesuai bagi membuat perisai pelindung dalam pakaian anda kerana ia sangat fleksibel, selesa dan mengikut bentuk badan anda.

 

99 peratus daripada masa anda memakai pakaian itu ialah bila anda tidak mengalami apa-apa kesan hentakan - tetapi ia akan menjadi keras dan menyerap serta menyebarkan kejutan dengan amat berkesan jika anda melanggar sesuatu.

 

Tidak dinafikan bahawa pad pelindung d3o adalah jauh lebih nipis, ringan, dan lebih selesa pada badan. Ia tidak akan merosakkan bentuk pakaian anda, jadi anda akan kelihatan kemas walaupun memakainya di dalam jaket atau seluar pelindung anda, berbeza dengan penggunaan busa getah hitam CE yang lazimnya membonggol bonggol.

 

 

Jadi, jika selepas ini anda menjumpai pelapik yang kelihatan seperti 'hanya pelapik busa getah biasa' yang anda rasa terlampau mahal, fikirkan sekali lagi.

 

Teknologi masakini mampu menawarkan perbezaan yang besar dalam keselamatan anda. Ia nya mungkin lebih mahal, tetapi nyata adalah tidak ternilai dalam melindungi tubuh anda.

 

Namun begitu, lakukan penyelidikan untuk memastikan juga ia nya benar benar bahan d30 dan bukan sekadar busa yang diwarnakan oren.....

 

d3o

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kilang baharu bernilai RM10 juta itu dilengkapi dengan teknologi pengeluaran busa terkini dan mampu…
Berita Global
Ini kerana ribut salji yang melanda kawasan Texas serta negeri-negeri lain di Amerika Syarikat…