Kenapa Toyota buat pertandingan GR Velocity? Apa faedahnya?

oleh Muhammad Md Tajudin|
GR Velocity
GR Velocity
Beberapa tahun kebelakangan ini UMW Toyota melaburkan sejumlah wang untuk menganjurkan acara akar umbi seperti Toyota Gazoo Racing Festival yang kini sudah memasuki musim keempat.

Penganjuran perlumbaan tersebut menelan belanja besar di mana litar lumba dibina di kawasan terbuka.

Kan lebih mudah jika dibuat di litar khas sahaja?

Toyota sebenarnya mahukan acara yang lebih dekat kepada pengguna malah sesiapa sahaja boleh menyertai perlumbaan asalkan memiliki Toyota Vios.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Festival Gazoo Racing

 

Bukan setakat menjadi penganjur, Toyota turut menawarkan Vios yang siap dengan spesifikasi perlumbaan.

Satu lagi yang menarik tentang Toyota ialah mereka memastikan peminat tidak ketinggalan untuk turut serta.

Tidak mempunyai kereta untuk berlumba? Tiada masalah, anda boleh menyertai pertandingan sukan elektronik (e-sports) GR Velocity.

Jadi apa faedahnya untuk sukan elektronik dan belia tempatan?

 

Toyota Velocity

 

Tidak dinafikan sukan elektronik mempunyai persepsi bahawa ianya membazir wang dan masa selain tiada masa depan.

Tambahan pula apakah persamaan di antara perlumbaan sebenar dengan permainan elektronik?

Pertama sekali, permainan perlumbaan elektronik sebenarnya turut disertai dan diminati oleh pelumba profesional di serata dunia.

Malah pelumba yang bersaing di dalam Gazoo Racing Festival Vios Challenge turut serta di dalam permainan ini.

 

Hayden Haikal

 

Sebagai contoh Hayden Haikal, pemenang termuda dalam Vios Challenge yang baru berusia 16 tahun dan Brendan Paul turut sama bersaing di dalam GR Velocity.

Memandangkan beliau masih bersekolah, Hayden perlu bijak membahagikan masa dan beliau memperuntukkan masa dengan berlatih setiap hujung minggu.

Tidak timbul soal curi-curi main dan sebagai pelumba beliau seorang berdisiplin dan mematuhi peraturan yang dibuat oleh keluarganya.

Realistik ke permainan ini?

 

GR Velocity

 

Menurut Hayden, GR Velocity mempunyai cabaran tersendiri dan terdapat pemandu handalan yang lebih mahir.

Ini pastinya pendapat dan pengalaman menarik memandangkan beliau pernah memenangi perlumbaan Vios Challenge!

Lebih menarik Hayden memperakui terdapat pemain yang terlalu laju berbanding beliau dan pelumba sebenar yang lain. Fuh!

Beliau juga berpendapat bahawa peserta permainan ini berupaya untuk berlumba dengan baik di dalam perlumbaan sebenar.

Membantu membina sukan elektronik tempatan

 

GR Velocity

 

Sukan elektronik sebenarnya sudah lama diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Supaya negara tidak ketinggalan perlu ada usaha di peringkat akar umbi agar atlet tempatan juga sama hebat dengan atlet antarabangsa lain.

Satu daripada usaha untuk mencungkil bakat tempatan ialah dengan menganjurkan pertandingan pada skala nasional.

Di sini lah pentingnya GR Velocity, bukan setakat mencungkil bakat malah sebagai medan untuk para pemain bersaing dengan serius.

Dengan menganjurkan pertandingan ini, Toyota berpandangan jauh dan tidak meninggalkan sukan elektronik.

 

GR Velocity

 

Maknanya, ada dua perlumbaan yang dianjurkan oleh Toyota iaitu di litar buatan di dalam negara dan juga di litar maya di dalam GR Velocity.

Sama seperti Vios Challenge, Toyota menganjurkannya dengan skala hebat dengan hadiah pertandingan terkumpul berjumlah RM70,000!

Satu yang mengujakan apabila pemenang tidak hanya menjadi jaguh kampung.

Tiga pemenang terbaik akan mewakili negara di dalam GR GT Cup Asia Pacific Qualifier. Jika berjaya, perlumbaan seterusnya dalam acara akhir peringkat global!

Ini sebenarnya satu pendedahan dan medan yang baik untuk remaja dan peserta tempatan bagi menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka.

Bukan setakat program penjenamaan semata

 

Toyota Gazoo Racing Festival

 

Jika dilihat secara menyeluruh, program Gazoo Racing yang dianjurkan bukan setakat untuk menaikkan nama Toyota.

Rakyat Malaysia sememangnya sukakan sukan permotoran cuma terdapat beberapa halangan sebelum ini.

Membawa perlumbaan Vios Challenge ke serata tempat di dalam negara mampu membuka mata orang ramai tentang sukan ini yang memerlukan disiplin tinggi.

Selain itu Toyota tidak melupakan remaja dan peminat sukan elektronik.

Penganjuran GR Velocity adalah peluang untuk golongan ini menyerlahkan bakat selain daripada medan pencarian atlet tempatan.

Lagi pula hanya Toyota sebagai pengeluar yang berani untuk melabur di dalam acara sebegini besar!

 

GR Velocity

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin