KENAPA Volvo hadkan kelajuan maksimum 180 km/j?

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan prinsip di mana tiada seorang pun pengguna yang cedera ataupun meninggal dunia di dalam sebuah Volvo, langkah terbaharu yang diambil adalah dengan mengenakan had kelajuan kepada 180 km/j untuk semua model baharu kenderaan jenama Sweden itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, apakah logik dan rasional di sebalik had laju 180 km/j itu?

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Autocar UK, ketua Safety Centre Volvo Cars Malin Ekholm menegaskan, "180 km/j masih satu angka yang laju, namun adakah langkah ini akan menghentikan perbuatan memandu laju? Sudah tentu tidak!"

Jadi kenapa Volvo masih kekal dengan pelaksanaan had laju 180 km/j?

"Tiada sebab kenapa kereta sekarang perlu lebih melebihi kelajuan 180 km/j. Semua suka bercakap tentang kelajuan, namun kami mahu menunjukkan betapa serius niat kami untuk memastikan keselamatan para pelanggan kami.

Jenama Volvo sememangnya sinonim kereta selamat serta ciri keselamatan yang didatangkan pada model-model terbaharu mereka, dan menurut Ekholm lagi, "ramai pelanggan kami menyokong dan memilih jenama Volvo disebabkan kami memfokuskan usaha terhadap keselamatan.

"Dua puluh tahun yang lalu, adalah tidak digalakkan untuk memandu pantas disebabkan kondisi kereta yang tidak begitu selesa, namun kereta-kereta moden kini lebih senyap, dan selesa dalam apa jua kelajuan.

"Jadi, pelaksanaan had laju 180 km/j ini merupakan langkah pertama untuk kami definisikan sebagai kelajuan yang 'selamat' dan ini adalah cara bagaimana kami membantu anda untuk mengekalkannya.

Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…