Kenderaan ART Sarawak kini lengkap, jalani latihan bukti konsep (POC) di Zhuzhou

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Era pengangkutan di Malaysia bakal mencapai tahap baharu apabila projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) iaitu prototaip berkuasa hidrogen nya, Autonomous Rapid Transit (ART) kini telah siap dibuat dan dipasang di Zhuzhou, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sarawak Metro menyatakan bahawa kenderaan ART itu kini sedang menjalani latihan bukti konsep (POC) Tahap 1 di Zhuzhou sehingga pertengahan bulan ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin juga telah hadir untuk memeriksa prototaip yang baru siap di kemudahan CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd pada Isnin, 6 Mac lalu.

Beliau turut menaiki kenderaan hidrogen tersebut selama hampir sejam bersama delegasinya yang terdiri daripada wakil Kementerian Pengangkutan negeri, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Sarawak Metro Sdn Bhd.

 

2

 

Ia turut disertai oleh wakil dari EPR Mobilus GR JV Sdn Bhd, kontraktor Projek KUTS Fasa 1 Pakej Sistem 1 yang bertanggungjawab ke atas bekalan rolling stock (kenderaan ART berkuasa hidrogen), peralatan depoh dan kenderaan penyelenggaraan, sistem isyarat dan kawalan serta sistem pintu platform automatik.

Dato Sri Lee berkata bahawa kepentingan projek ini bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk syarikat China, yang merupakan anak syarikat milik penuh CRRC Corporation Limited, pengeluar rolling stock  terbesar di dunia.

Beliau juga menekankan kepentingan Projek KUTS sebagai projek perintis untuk kedua-dua Sarawak dan CRRC Zhuzhou Institute, dan mengharapkan kerjasama selanjutnya pada masa hadapan.

Berikutan peringkat awal latihan POC di China, Peringkat 2 latihan POC untuk kenderaan ART ini akan melibatkan ujian di Kuching menjelang suku ketiga tahun ini.

 

3

 

Kenderaan ART prototaip untuk latihan POC ini berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi. Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dan mempunyai kapasiti 241 penumpang dengan susun atur tempat duduk yang disemak semula.

Anggota delegasi Dato Sri Lee ke China termasuk Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, setiausaha tetap Kementerian Pengangkutan, Dato Alice Jawan Empaling, ketua pegawai eksekutif Metro Sarawak, Mazli Mustaffa dan pegawai bertanggungjawab SEDC Metro Sarawak, Awang Nasfuddin Awang Hassan.

 

Sumber: The Borneo Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg…