Kenderaan baharu Hyundai dengan teknologi sel bahan api - sebuah trak semi!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara The North American Commercial Vehicle Show, Hyundai bakal mengambil kesempatan dengan memperlihatkan sebuah model konsep yang menggunakan teknologi sel bahan api - Hyundai Neptune.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai Neptune sebenarnya bukanlah sebuah hatchback bandar, akan tetapi ia adalah sebuah trak semi dengan nama yang diinpsirasikan daripada Tuhan Laut Rom. 

Seperti biasa, spesifikasi lanjut masih lagi menjadi rahsia, namun Hyundai memberitahu model konsep trak semi ini bakal membawakan rekaan yang diambil daripada keretapi jenis streamliner era 1930-an.

Inspirasi ini diperlihatkan menerusi rekaan luar trak semi yang menggabungkan kedua-dua elemen moden dan retro dalam satu hasil kerja yang sangat gagah perkasa. 
 


Rekaan kabin pula dimulakan dengan windscreen yang dikelilingi dengan sebuah rangka digital yang terbahagi kepada empat seksyen utama:

  • seksyen bawah - kluster meter digital
  • seksyen atas - informasi dan kondisi semasa trak semi
  • seksyen kiri dan kanan - paparan kamera sisi digital

Cermin utama ini juga turut dilengkapi dengan ciri paparan head-up manakala di bahagian tempat duduk penumpang pula boleh ditransformasikan menjadi sebuah katil sementara untuk tujuan istirehat. 

Hyundai HDC-6 Neptune ini hanya akan dipamerkan secara rasmi pada 29 Oktober ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada pegawai polis Trooper Rocky Oliphant (menerusi akaun Twitter @wspd7pio),…
Berita Global
Laman FB Marketplace menyenaraikan sebuah RV yang sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat…
Berita Global
Berdasarkan teaser baharu yang diperlihatkan ini, Hyundai akan membawakan masa hadapan kenderaan…