Kenderaan barangan dibenarkan berada di atas jalan raya semasa Hari Raya

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada larangan untuk kenderaan barangan berada di jalan raya semasa perayaan Aidilfitri 2020, demikian menurut Kementerian Pengangkutan semalam.

 

Ini kerana negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan peraturan sedia ada dalam tempoh PKPB itu telah mengambil kira serta merangkumi kesemua faktor termasuk keselamatan dan ekonomi, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

 

Malaysia lazimnya mengenakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada berada di jalan raya bagi beberapa hari yang ditetapkan sempena perayaan Aidilfitri. Ia bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya bagi pengguna yang ingin pulang ke kampung serta mengurangkan kesesakan jalan raya.

 

"Pergerakan kenderaan barangan dalam tempoh PKPB ini perlulah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan," menurut kementerian itu.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan Bernama, MOT dalam satu kenyataan memakluman langkah tersebut bertujuan untuk…