Memetik laporan Bernama, MOT dalam satu kenyataan memakluman langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, selain mengurangkan risiko nahas jalan raya.
Selain itu, MOT akan melaksanakan penurunan had laju kebangsaan bersama-sama dengan larangan pemanduan bagi kenderaan barangan itu tadi.
“Larangan ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” menurut kenyataan itu.
Sumber: Bernama