Kenderaan elektrik dilarang parkir di ruang bawah tanah kondominium di Vietnam

oleh Penyumbang Rencana|
foto tuoitre.vn
Sebuah kondominium di Bandar Raya Ho Chi Minh melarang kenderaan elektrik diletakkan di ruang bawah tanah hartanah tersebut, lapor portal berita tuoi tre news pada Khamis

Lembaga pengurusan kondominium Tan Phuoc mengeluarkan notis pada 23 Julai lalu, mengarahkan pengendali tempat letak kereta untuk tidak menerima basikal elektrik, motosikal elektrik atau kereta elektrik di ruang parkir bawah tanahnya.

Lembaga pengurusan tersebut memetik kebimbangan keselamatan kebakaran yang memiliki kaitan dengan risiko spesifik sistem bateri, akumulator dan amalan pengecasan tidak selamat sebagai sebab larangan itu dikeluarkan.

Walau bagaimana pun, para penghuni kondominium tersebut berkata, larangan tersebut menyukarkan kehidupan mereka, terutamanya bagi yang beralih kepada kenderaan elektrik.

“Saya beli motosikal elektrik secara sah dan lengkap dengan insurans. Sekarang saya diberitahu saya dilarang meletakkan kenderaan ini di bangunan tempat saya tinggal,” kata seorang penghuni, Hoang Minh.

Pengkritik-pengkritik berkata, larangan itu bercanggah dengan usaha pemerintah untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik. 

Dalam masa yang sama, peguam dan penduduk menggesa kerajaan untuk menjelaskan peraturan dari segi keselamatan dengan hak pemilik kenderaan elektrik.

TuoiTre.vn

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, kerja-kerja menunda kenderaan terbabit bagaimanapun berdepan kesukaran kerana lori…
Berita Global
Sebuah platform dagangan kereta terpakai kedua terbesar di Korea Selatan, K Car, melaporkan…