Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 7.29 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu pemandu mangsa.
"Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
"Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah. Kenderaan dari arah Chemor itu terbabas di laluan bertentangan," katanya.
Menurut jurucakap itu, hanya pemandu berada di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut.
"Seramai enam anggota dengan satu jentera terlibat dalam operasi membantu mangsa kemalangan tersebut," ujarnya.