Kenduri kesyukuran buka kedai bertukar majlis tahlil, mekanik maut dirempuh Hilux (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Berita Harian
enduri kesyukuran sempena pembukaan kedai menjual alat ganti dirancang seorang mekanik yang dijadualkan malam ini, bertukar dengan majlis tahlil apabila dia maut dalam kemalangan tengah hari tadi.


Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor-Pasir Mas, di sini, kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Betis kanan mangsa juga putus dipercayai terkena tiang papan tanda akibat rempuhan Toyota Hilux berkenaan.

 

Anak saudaranya, Mohd Faisal Ariffin, 38, berkata, Mohamad Zulkifli dalam perjalanan ke premis menjual alat ganti yang ingin dibuka di Mulong, di sini, untuk persiapan majlis kesyukuran malam ini.

 

"Pagi tadi, dia datang jumpa saya untuk meminjam topi keledar, kami sempat berbual dan saya tidak perasan apa-apa perubahan pada dia. Kemudian saya terima panggilan daripada seorang anak mangsa memaklumkan bapa saudara terbabit kemalangan.

 

"Saya terus bergegas ke lokasi nahas dan terkejut melihat bapa saudara berlumuran darah, manakala betis kanannya putus," katanya ketika ditemui di sini, hari ini (Khamis).

 

Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

 

Mohd Faisal berkata, bapa saudaranya yang berasal dari Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, juga baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu dan agak teruja untuk menjalankan perniagaan alat gantinya itu.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu.

 

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Tendong, Pasir Mas, menghala ke Jalan Kedai Mulong, berhenti di lokasi kejadian ketika lampu isyarat merah.

 

"Apabila lampu bertukar hijau, mangsa meneruskan perjalanan apabila tiba-tiba Hilux yang dipandu laju dari arah Kota Bharu menghala Pasir Mas yang dipercayai melanggar lampu merah terus merempuh mangsa.

 

"Mangsa tercampak ke kiri jalan kira-kira sejauh 20 meter dan meninggal dunia serta-merta kerana kecederaan pada bahagian dada dan kaki. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

Video di bawah ini:

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…