Kepingan simen LRT 3 jatuh atas khemah peniaga

oleh SALINA JALIL|
Beberapa kepingan simen dari projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) dilaporkan jatuh menimpa khemah peniaga pasar borong di Kompleks Pasar Meru, di Klang, pagi tadi (Ahad).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, kejadian pada jam 9.30 pagi itu membabitkan empat khemah, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

 

"Pihak MPK memaklumkan kepada pihak LRT mengenai kejadian berkenaan dan mereka memberhentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta.

 

"MPK juga sudah mengarahkan peniaga terkesan menutup gerai mereka serta-merta dan berpindah ke petak kosong berhampiran yang selamat.

 

"Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam dan peniaga sewaktu kejadian," katanya ketika dihubungi semalam (Ahad).

 

Norfiza berkata, difahamkan kejadian berlaku sewaktu kerja 'hacking' dilakukan oleh Emrail Sdn Bhd (EMSB) dan didapati sebahagian kepingan simen itu jatuh di atas khemah berkenaan.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen LRT3 yang dimaksudkan itu ialah Stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, projek LRT3 itu kini sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan pembinaan…
Berita Domestik
Ini adalah selari dengan kenyataan yang dibuat pada bulan lepas, di mana kesemua projek mega…