Menurut laporan, sebanyak 3,012 kes telah direkodkan termasuk tujuh insiden melibatkan kemalangan atau kebakaran. NHTSA menerusi Pejabat Siasatan Kecacatan (ODI) mengesahkan menerima 414 aduan rasmi, manakala Honda pula melaporkan tambahan 2,598 insiden.
Model yang terlibat ialah Acura MDX (2016–2020), Acura TLX (2018–2020), Honda Pilot (2016–2020), Honda Ridgeline (2017–2019) serta Honda Odyssey (2018–2020). Kesemuanya dilengkapi enjin V6 3.5 liter yang didapati berisiko gagal berfungsi sekiranya connecting rod bearing rosak.
Siasatan ini dijalankan selepas isu sama pernah muncul pada 2023 apabila hampir 249,000 kenderaan Honda dan Acura dipanggil balik akibat kecacatan pada crankshaft. Bagaimanapun, NHTSA menegaskan masalah terbaharu ini “di luar skop” panggilan balik tersebut dan tidak berkait dengan punca asal.
Jika disahkan serius, kegagalan komponen itu boleh menyebabkan enjin berhenti sepenuhnya satu isu keselamatan kritikal yang memerlukan kos pembaikan sangat tinggi. Buat masa ini, pihak berkuasa sedang menilai skop dan tahap bahaya sebelum memutuskan tindakan lanjut, termasuk kemungkinan recall besar-besaran.
Jangan bimbang pengguna Honda di Malaysia, model-model ini yang gunakan enjin berkaitan tiada yang di pasarkan di Malaysia.
Sumber: Carscoops