Kerajaan AS Umum Hapuskan Sistem Engine Stop‑Start

oleh Qalif Latif|
Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) di bawah kepimpinan Lee Zeldin mengumumkan rancangan untuk menghentikan insentif terhadap penggunaan sistem engine stop‑start pada kenderaan, satu teknologi yang selama ini diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi karbon.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Sistem tersebut, yang mematikan enjin secara automatik ketika kenderaan berhenti seketika dan menghidupkannya semula apabila pedal dilepaskan, telah dipasang pada lebih 65 peratus model baharu menjelang 2023. Ia sebelum ini mendapat sokongan kerana diberi kredit penjimatan bahan api oleh EPA, sekali gus membantu pengeluar mematuhi standard kecekapan penggunaan bahan api (CAFE).

Namun, Zeldin menyifatkan teknologi itu sebagai tidak popular dan hanya memberi manfaat terhad. “Start/stop technology: di mana enjin kereta terhenti di setiap lampu isyarat hanya untuk syarikat mendapat trofi penyertaan iklim. Semua orang membencinya, jadi kami akan betulkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut data EPA, sistem ini mampu menjimatkan sehingga 4 hingga 5 peratus bahan api di atas kertas, dengan Battery Council International mendakwa ia mengurangkan hampir 10 juta tan pelepasan karbon dioksida setahun. Walau begitu, kajian mendapati manfaat dunia sebenar jauh lebih rendah berbanding hasil ujian makmal.

Selain itu, ramai pengguna mengadu mengenai kesan sampingan termasuk hentakan kasar ketika enjin dihidupkan semula, kelemahan pendingin hawa ketika berhenti dan kebimbangan terhadap ketahanan bateri serta sistem starter. Ramai juga meluahkan rasa tidak puas hati kerana ciri ini sering diaktifkan semula setiap kali kenderaan dihidupkan, walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Penganalisis menjangkakan, tanpa insentif EPA, pengeluar kenderaan akan mula mengurangkan penawaran sistem stop‑start dalam model konvensional baharu. Sebaliknya, penjimatan bahan api mungkin akan lebih bergantung kepada teknologi hibrid ringan (mild‑hybrid), kenderaan elektrik atau sistem cekap tenaga lain.

Cadangan EPA ini dijangka dibuka untuk proses maklum balas awam dalam tempoh terdekat sebelum dilaksanakan secara rasmi. Jika diluluskan, perubahan ini berpotensi mengubah landskap teknologi penjimatan bahan api dalam industri automotif Amerika.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut bayangan yang diberikan oleh CEO-nya, Laurent Rossi, kedua-dua model tersebut besar…
Berita Global
Kerajaan Amerika Syarikat akan mengheret seorang staf Suzuki Motor America ke mahkamah atas tuduhan…