Kerajaan bayar RM17k setahun untuk anda berhenti memandu, amacam?

oleh Mohamad Hanif|
Demi untuk mengurangkan kadar kebergantungan rakyat terhadap kenderaan yang mencemarkan alam sekitar, pihak berkuasa Coventry kini mahu membayar penduduknya sebanyak £3,000 (RM17,109) setahun untuk menggalakkan penggunaan kenderaan awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program percubaan selama dua tahun yang telah diluluskan pada tahun 2019 itu bakal menyaksikan para pemilik kenderaan akan berhenti menggunakan kereta petrol Euro 4 dan diesel pra-Euro 6 dan kredit tersebut boleh digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam, basikal, e-skuter, perkongsian kenderaan dan teksi.

Tujuan program tersebut adalah untuk menentukan seberapa banyak dana yang diperlukan bagi membolehkan pemilik kenderaan lama bertukar kepada kenderaan yang lebih mesra alam, atau menggunakan pengangkutan awam untuk jangka masa yang lama.

Selain daripada itu, Hampshire County Council juga turut mempertimbangkan "Mobility Credit Scheme" bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Namun langkah tersebut tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.

 


Presiden AA, Edmund King mempersoalkan kenapa sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang cukup kuat dengan industri permotoran mahukan penduduknya berhenti memandu, apatah lagi kebanyakan pengeluar UK kini mula memfokuskan kepada pengenalan kenderaan elektrik pada masa akan datang.

"Coventry lebih dikenali sebagai bandar permotoran UK, atau British Detroit, jadi betapa ironinya apabila pihak berkuasa tempatan Coventry kini mahu membayar penduduknya untuk mengabaikan kenderaan mereka.

Edmund menjelaskan, masa pelaksanaan langkah ini dilihat tidak begitu kena, memandangkan orang awam kini lebih gemar mengelakkan penggunaan pengangkutan awam disebabkan COVID-19.

"Wang tersebut boleh digunakan untuk membangunkan fasiliti pengecasan, terutama bagi mereka yang tidak mendapat akses parkir," tambah beliau lagi.

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Meletakkan kenderaan di lorong kecemasan lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak tidak…