Kerajaan dijangka umum tol percuma sempena Hari Raya Aidilfitri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan tol percuma membabitkan lebuh raya utama sempena hari raya puasa minggu depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan dari Malaysiakini, sumber dari kerajaan setakat ini dikatakan bakal menetapkan tarikh 19 dan 20 April untuk pengecualian bayaran tol berkenaan.

Setakat ini belum jelas sama ada Aidilfitri akan disambut pada 21 atau 22 April kerana ia tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja selepas melihat anak bulan Syawal.

Pihak berkuasa agama juga akan melihat anak bulan di beberapa lokasi terpilih pada waktu petang, 20 April ini.

Menurut Malaysiakini juga, sumber dari kerajaan mengatakan bahawa tol percuma dijangka diberikan untuk perjalanan pulang selepas Aidilfitri.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu…
Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…