Kerajaan galak para pemandu teksi sertai e-hailing jana pendapatan tambahan

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan mahu menolong para pemandu teksi memperkembangkan lagi sumber pendapatan mereka dengan cara menyertai servis e-hailing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, "kami mahu pendekatan yang dapat menolong semua orang, termasuklah pihak yang berkepentingan seperti pemandu teksi, supaya mereka dapat menjana pendapatan yang lebih."

Anthony Loke menjelaskan bahawa sumber pendapatan utama mereka masih lagi berpaksikan perkhidmatan jalanan, di mana pemandu teksi mengambil dan menurunkan penumpang seperti biasa, manakala menerusi aplikasi e-hailing pula mereka boleh menjalankan tugas tersebut berdasarkan permintaan dalam talian. 
 


"Di bawah agenda Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), pihak Kementerian mahu menjalankan program yang dapat menolong pihak ini (pemandu teksi) supaya mampu menjana pendapatan daripada sumber yang berbeza," tambah beliau. 

Anthony Loke berkata demikian kepada para pemberita selepas Taklimat Agensi Kerajaan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Daerah Temiang (MPKK) di Seremban Klana Resort pada hari Ahad (18 Nov) lalu.

Beliau juga turut berkata, pihak Kementerian juga mengalu-alukan mana-mana kerajaan negeri untuk memberikan dana bagi membantu para pemandu teksi tersebut. 

Sebelum ini, sekumpulan pemandu teksi mendesak perjumpaan bersama Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu-isu berbangkit. 

Berita Berkenaan

Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata,…
Berita Domestik
  "Pemandu berkenaan memberitahu dia ingin merentas negeri untuk menghantar barang kering ke…