Kerajaan kaji hala tuju benarkan kewujudan entiti baharu pengendali rel

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Kerajaan akan menentukan hala tuju berkenaan pelaksanaan pelbagai pengendali perkhidmatan rel di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walau bagaimanapun, hala tuju itu adalah tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan untuk memperkasakan industri kereta api.

Dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, kajian berkenaan menjurus kepada penambahbaikan tadbir urus dan kerangka model kereta api sedia ada termasuk dalam aspek kewangan, ekonomi, operasi, sosial, kawal selia dan perundangan.

Menurut kementerian, kajian tersebut turut merangkumi aspek pengukuhan pemain utama industri kereta api jajaran utama iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) serta keperluan mewujudkan entiti baharu bagi menyokong keseluruhan ekosistem yang mampan dan kompetitif.
 

rel


Kementerian berkata pihaknya melihat terdapat peluang untuk menambah baik ekosistem pengurusan kereta api bagi sektor jajaran utama yang kini dioperasikan oleh KTMB.

“Aspek kemampanan operasi dan penambahbaikan ekosistem dalam pengurusan kereta api sentiasa diteliti agar operator dapat terus berdaya saing untuk memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Terdahulu, Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengajukan persoalan sama ada kerajaan akan mengizinkan lebih banyak syarikat bersaing dalam perkhidmatan penumpang rel supaya penumpang mempunyai lebih banyak pilihan.

Sumber: Bernama