Kerajaan kaji penggunaan nombor plat khas untuk EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tidak dinafikan perubahan ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV) terutamanya kenderaan elektrik (EV) kini sedang rancak di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Perkara tersebut boleh dilihat melalui pengenalan pelbagai model EV dari pelbagai jenama yang merancakkan lagi segmen EV negara.

Bertindak mengikut peredaran masa, kerajaan kini sedang mengkaji struktur baharu bagi cukai jalan untuk EV yang kini semakin mendapat sambutan.

Menurut laporan The Star, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan kini sedang meneliti beberapa insentif dan dasar bagi menggalakkan orang ramai beralih kepada EV.

Antara yang dicadangkan ialah penggunaan nombor plat khas bagi membezakan antara EV dan kereta berenjin pembakaran dalaman di jalan raya.

Dalam satu kenyataan, Loke berkata, “Saya telah memaklumkan kepada JPJ untuk mengeluarkan beberapa insiatif lain bagi pengguna EV, seperti mungkin e-plat untuk EV.

"Kita juga boleh mempunyai nombor plat khas untuk EV, bagi membezakannya dengan kenderaan lain."

"Ini adalah perkara yang boleh kami bantu untuk menggalakkan penggunaan EV. Saya mengalu-alukan lebih banyak pandangan dan input,”

Di negara jiran, Singapura, penggunaan nombor plat khas untuk EV telah dilaksanakan melalui siri "EVS", khusus untuk EV yang dipasang di Singapura.

Menurut Loke juga, butiran mengenai perkara tersebut bersama beberapa insentif lain akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…
Berita Domestik
Ventus Prime 4 merupakan versi penambahbaikan kepada siri tayar Ventus Prime, menawarkan gabungan…
Berita Global
Menurut Presiden Antarabangsa Lexus, Takashi Watanabe menjelaskan kepada Automotive News, "adalah…