Kerajaan kaji wujud laluan khas motosikal di lebuh raya

oleh Mohamad Hanif|
sumber: iMotorbike
Selain daripada pelaksanaan penambahan kamera AWAS, kerajaan juga sedang mengkaji untuk mewujudkan laluan khas motosikal di lebuh raya di negara ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah semasa menjawab soalan tambahan Zakri Hassan (PH-Kangar) berkata, “Kajian memang sedang dibuat sebab kita tahu lebuh raya memang tempat kelajuan yang tinggi, jadi kita kaji di mana tempat-tempat boleh bina laluan motosikal.

"Bukan semua tempat di lebuh raya boleh dibina laluan motosikal, mungkin tempat tertentu sahaja,” katanya.

Buat masa ini, hanya beberapa lebuh raya di sekitar ibu negara yang memiliki laluan khas untuk kegunaan motosikal, seperti Lebuhraya Persekutuan, KESAS dan GCE.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  "JSPT mengalu-alukan cadangan berkaitan masalah aktiviti berbasikal yang timbul sejak sekian…
Informasi
  Langkah pihak Polis ini juga diambil bagi memudahkan dan mempercepatkan pergerakan petugas…