Kerajaan negeri Odisha, India tawar subsidi, pinjaman 100% tanpa faedah, parkir khas dan pengecualian cukai jalan untuk EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk Odisha, sebuah negeri di timur India bakal menerima subsidi untuk pembelian kenderaan elektrik (EV) mereka di bawah Polisi Kenderaan Elektrik Odisha.

Menurut laporan akhbar India Times, kerajaan negeri Odisha sedang menghasilkan draf cadangan bagi menawarkan subsidi sehingga Rs 5,000 untuk pembelian EV beroda dua, Rs 12,000 untuk EV roda tiga dan Rs 1 lakh (seratus ribu) bagi pembelian EV empat roda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Draf itu juga bakal menawarkan pinjaman 100 peratus tanpa faedah untuk mana-mana kakitangan kerajaan yang mahu membeli kenderaan EV.

Selain dari itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk Odisha diminta untuk mendahulukan EV bagi tugas-tugas rasmi mereka.

PBT juga akan menyediakan subsidi parking bagi semua pemilik EV disamping cadangan untuk mengecualikan cukai jalan dan fi pendaftaran untuk semua pembelian EV.

Polisi Kenderaan Elektrik Odisha juga melihat pembinaan pusat caj EV.

Sasaran negeri itu ialah untuk meningkatkan penggunaan EV kepada 20 peratus dari jumlah kenderaan keseluruhan di Odisha menjelang 2025.

Ia juga memberi tumpuan kepada penggunaan bateri EV terpakai dan membina perniagaan kitar semula bateri dengan syarikat-syarikat pembuatan bateri.

Pemilik rumah dan bangunan komersil juga akan diberikan geran untuk memasang peralatan caj sehingga Rs 5,000 untuk 20,000 pemohon pertama.

Malaysia masih lagi belum mengumumkan polisi EV yang lengkap untuk membina ekosistem EV yang kukuh.

* Laporan penuh di India Times