Kerajaan negeri Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan negeri Sarawak memberi bayangan akan memiliki sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi secara serantau bagi memudahkan rakyat Sarawak pulang ke kampung halaman.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mengoperasikan sebuah syarikat penerbangan kecil sendiri bagi membantu rakyat negeri untuk pulang ke Sarawak ketika musim perayaan.

Beliau tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan lebih-lebih lagi pada bulan Disember.

“Dengan memiliki dan membina syarikat penerbangan kecil itu, kita akan membantu rakyat dari segi penyediaan harga tiket yang berpatutan untuk mereka pulang ke Sarawak,” katanya ketika menjawab soalan peserta Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 dalam sesi Town Hall Sarawak Agenda di  Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 yang memasuki edisi ke-14 itu membawa pelbagai pengisian ilmu, kemahiran dan peluang pekerjaan kepada pengunjung dan pelajar yang hadir dalam mengetahui perancangan besar kerajaan negeri Sarawak.

Tambah Johari, beliau sedang mengusulkan cadangan kepada kerajaan Pusat untuk mengambil alih MASwings dari Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG)yang akan ditempatkan di bawah kerajaan negeri Sarawak.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk…
Berita Domestik
Menurut beliau, kerajaan negeri menetapkan tempoh tertentu bagi Perak Transit untuk membuat…
Berita Domestik
"Saya memang dapat merasakan, saya akui bahawa berlaku kegelapan cuma apa yang dimaklumkan kepada…