Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, penggunaan 'jetpatcher' ini akan bermula di daerah Kuala Selangor dan diikuti daerah lain mengikut keutamaan.
Menurutnya, pembelian 'jetpatcher' dari United Kingdom ini bertujuan menyelenggara jalan-jalan utama yang mengalami masalah kerosakan seperti berlubang di negeri Selangor.
"Jetpatcher ini boleh menyiapkan satu lubang sekitar 10 hingga 15 minit, satu lori ada 2.5 meter padu bancuhan. Kalau operasi tampalan berterusan, 'jetpatcher' boleh menyiapkan 80 lubang sederhana besar dengan tampalan lebih cepat," katanya.
"Ini masih tempoh percubaan. Sekiranya memberikan kesan yang baik kepada pengurusan penyelenggaraan lubang jalan-jalan ini, kita akan tambah lagi 'jetpatcher'," katanya.
Artikel sepenuhnya di Harian Metro