Kerajaan Negeri Sembilan mohon bina tempat letak kereta di Jalan Temiang-Pantai

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Negeri Sembilan akan memohon kepada kerajaan Persekutuan bagi membina tempat meletakkan kenderaan di Jalan Temiang-Pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar.


Tempat letak kereta tersebut dilihat demi keselamatan pengunjung selepas ramai yang mengambil tindakan memberhentikan kenderaan termasuk di lorong kecemasan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, permohonan akan dibuat kerajaan negeri kerana jalan tersebut merupakan Jalan Persekutuan.

 

“Saya tidak sangka lokasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai dan pengunjung dalam dan luar negeri melihat gunung-ganang yang juga tempat menarik. Oleh itu, pihak kerajaan negeri akan memohon kerajaan Persekutuan untuk membina tempat letak kereta yang bersesuaian dengan keselamatan jalan raya. 

 

“Saya turut ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut yang memahami dan memandu perlahan. Saya difahamkan ada yang berbasikal dan berjogging di kawasan tersebut yang sudah menjadi lokasi tumpuan saban minggu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri semalam.

 

Sebelum ini, tular gambar dalam media sosial sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta berkumpul di lorong kecemasan di Jalan Temiang-Pantai.

 

Projek Jalan Temiang – Pantai itu bernilai lebih RM181 juta telah dilaksanakan oleh pihak Lapangan Kota Sdn. Bhd. dan telah disiapkan pada 23 Julai tahun lalu.

 

Sementara itu, Aminuddin berharap orang ramai yang melalui kawasan berkenaan agar dapat memperlahankan kenderaan dan memberi kerjasama kepada pengguna yang berada di situ. 

 

“Saya berharap pengguna jalan raya dapat memberi kerjasama ketika melalui jalan raya berkenaan susulan ramai yang memberhentikan kenderaan di lokasi tersebut,” katanya. 

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf kemudahan dan…
Berita Domestik
Bermula 16 September, pelanggan yang telah lengkap dua dos vaksin boleh menikmati makanan di lokasi…
Berita Domestik
Kempen terbaharu ini menjemput para pengguna lebuh raya yang mendapat kebenaran merentas daerah dan…