Kerajaan Perjelas Isu Ejen Pemungut JPJ – Tiada Komisen, Hanya Perkhidmatan Tambah Nilai

oleh Qalif Latif|
Kenyataan Anthony Loke Siew Fook mengulas dakwaan pembangkang mengenai lantikan ejen pemungut bagi urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ternyata membuka ruang penjelasan yang lebih jelas kepada orang ramai. Dalam naratif pembangkang, pelantikan ejen pemungut digambarkan seolah-olah ada pihak tertentu yang bakal mengaut keuntungan besar daripada setiap transaksi JPJ. Namun, menurut Anthony Loke, gambaran itu jauh tersasar.

Tiada Komisen, Tiada Keuntungan Daripada Transaksi JPJ

Anthony Loke menjelaskan bahawa ejen pemungut yang dilantik tidak menerima komisen daripada urusan JPJ. Mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada setiap transaksi yang dijalankan, kerana sistem yang diguna pakai tidak memberi ruang untuk komisen seperti yang didakwa.

 

Agen

Beliau turut mengingatkan bahawa semasa pentadbiran Perikatan Nasional, mereka sendiri turut melantik ejen pemungut pada 29 April 2022. Namun ketika itu, pelantikan tersebut tidak pula menjadi isu besar atau dikaitkan dengan ‘mengaut keuntungan’.

Peranan Ejen Pemungut – Sekadar Perkhidmatan Tambahan

Sejak 2016, memang sudah ada 10 ejen pemungut yang menawarkan perkhidmatan sebagai saluran tambahan untuk memudahkan orang ramai memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Keuntungan syarikat terlibat bukan datang daripada transaksi JPJ, tetapi daripada perniagaan utama mereka – seperti jual beli kenderaan, insurans, servis, atau platform transaksi yang lebih luas. Pendek kata, mereka tidak hidup atas komisen JPJ.

Anthony Loke memberi contoh mudah: kalau guna platform syarikat jual beli kenderaan atas talian, pelanggan biasanya membeli kenderaan, insurans dan sebagainya. Jika mereka tambah servis renew cukai jalan, itu hanyalah “value-added service” yang tidak melibatkan komisen daripada JPJ.

Tidak Wujud Sistem Baru Yang Memberi Keuntungan

Ada juga dakwaan kononnya sistem ejen pemungut generasi baharu memberi kelebihan tertentu untuk mengutip komisen. Menteri Pengangkutan menegaskan, perkara itu tidak wujud. Sistem yang ada hari ini adalah sama seperti dahulu – tiada komisen, tiada ruang mengaut keuntungan daripada JPJ.

Sebaliknya, kementerian hanya melakukan pengemaskinian sistem dan membuka peluang kepada syarikat yang layak untuk memohon sebagai ejen pemungut. Prosesnya telus, dan pemilihan dibuat berdasarkan kesesuaian serta kemampuan syarikat menyediakan perkhidmatan bernilai tambah kepada orang ramai.

Akses Lebih Mudah Melalui Platform Digital

Anthony Loke juga menyebut bahawa aplikasi MyJPJ sudah memudahkan banyak urusan tanpa perlu ke kaunter. Tetapi bagi mereka yang masih perlukan khidmat fizikal atau mahu memudahkan pelanggan mereka, ejen pemungut kekal memainkan peranan.

MYJPJ

Langkah ini selari dengan trend digitalisasi jabatan kerajaan serta menyokong usaha Kementerian Pengangkutan untuk memudahkan rakyat berurusan.

Anthony Loke menegaskan bahawa isu ejen pemungut ini hanyalah perkhidmatan tambahan untuk rakyat, bukan skim keuntungan dan bukan lantikan kroni seperti yang cuba digambarkan pembangkang.

Siapa sahaja yang memenuhi kriteria boleh memohon, termasuk mana-mana pihak swasta. Syaratnya mudah: mereka tidak boleh mengambil kesempatan atau mengenakan caj tersembunyi berkaitan transaksi JPJ.

Akhir sekali, Anthony Loke mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan naratif separuh masak yang cuba dicanang demi meraih keuntungan politik, sedangkan fakta sebenar sudah pun jelas.

Sumber rujukan: Berdasarkan kenyataan Anthony Loke Siew Fook di Facebook.
https://www.facebook.com/share/v/16jmcBedm1/

Anthony Loke

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Apabila kemalangan seperti ini berlaku khususnya membabitkan bas awam, tindakan pertama kita ialah…
Berita Domestik
"Apa sahaja mod pengangkutan, terutamanya yang melibatkan laut mesti mengambil kira aspek…
Berita Domestik
"Apabila keputusan dibuat sebelum ini untuk beralih kepada feri baharu, terminal juga telah diubah…