Menurut laporan The Edge seperti yang dipetik oleh MalayMail, kerajaan persekutuan sedang mempertimbangkan langkah tersebut, dan sekiranya diluluskan ia mungkin akan diumumkan pada separuh kedua tahun ini.
Sumber yang enggan dinamakan itu menyebut, "saya diberitahu kerajaan sedang melihat lanjutan tempoh konsesi sehingga 30 tahun.
Sumber yang sama menambah, kerajaan telah pun memberitahu beberapa syarikat pengendali lebuh raya berkenaan kemungkinan lanjutan tempoh konsesi tersebut.
Sumber kedua yang rapat dengan sebuah syarikat konsesi mengaitkan lanjutan tersebut dengan hasrat kerajaan untuk menghalang kenaikan kadar tol dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya.
Sumber ketiga pula menyebut tempoh konsesi yang lebih panjang mampu menyumbang kepada pengurangan kadar tol, sementara sumber keempat mendakwa perjanjian tersebut kini sedang diteliti.
"Perancangan untuk melanjutkan tempoh konsesi bagi pengendali lebuh raya kini sedang diteliti, namun ia masih lagi memerlukan kelulusan Kabinet.
Sumber: The Edge melalui MalayMail