Kerajaan sasar tambah tren penumpang dengan kos RM10.7 bilion

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengumumkan strategi perolehan aset tren-tren penumpang untuk rangkaian keretapi KTMB dengan kaedah pajakan (leasing) melalui mekanisme Kerajaan dengan Kerajaan (Government to Government - G2G) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Rakyat China (PRC).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam tempoh Fasa 1 antara tahun 2024 hingga 2027, inisiatif pajakan itu menyasarkan penambahan 62 set tren penumpang baharu dengan anggaran kos RM10.7 bilion yang akan ditampung secara ansuran selama tempoh pajakan 30 tahun.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, cadangan penggunaan kaedah pajakan bukan sahaja akan mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk pemerolehan tren yang menelan kos yang besar, malah dapat meningkatkan mutu perkhidmatan rel dengan lebih pantas.

Beliau berkata, " Merujuk kepada keadaan semasa, jumlah bilangan tren dalam perkhidmatan yang boleh dipercayai secara keseluruhan hanya 68 set tren penumpang tetapi kita memiliki landasan yang panjang dengan kadar penggunaan hanya 30 peratus sahaja."

"Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk menambah bilangan tren penumpang bagi setiap laluan perkhidmatan yang ditawarkan di samping memastikan setiap tren penumpang berada di dalam keadaan baik setiap masa."

"Kos sebenar akan dimuktamadkan selepas selesai rundingan dengan kerajaan China menerusi China Railway and Rolling Stock Corporations (CRRC) dalam tempoh masa terdekat,"

Penambahan sebanyak 62 set tren penumpang dalam Fasa 1 itu merangkumi 36 set Three Car Set (3CS) Electric Multiple Unit (EMU) set; 12 set Six Car Set (6CS) Electric Multiple Unit (EMU) set dan; 14 set Six Car Set (6CS) Diesel Multiple Unit (DMU) set.

 

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima…
Berita Global
Ketua biro gabenor SRT, Ekarat Sriarayanphong berkata perkhidmatan kereta api ini akan meningkatkan…
Berita Global
Hitachi, yang juga merupakan pengeluar bullet train Shinkansen Jepun, telah memasuki pasaran global…