"Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah menandatangani memorandum untuk menyatakan komitmen sekiranya kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings, subsidi kewangan dan komitmen kewangan setiap tahun untuk perkhidmatan luar bandar akan diteruskan kepada syarikat penerbangan baharu," katanya.
Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings antara kerajaan Sarawak dengan Malaysia Aviation Group (MAG) di Kuching pada Rabu, Loke berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM209 juta bagi RAS di Sarawak dan Sabah tahun ini.
"Saya yakin pemilik baharu, kerajaan Sarawak, pasti akan menambah baik perkhidmatan RAS dan menyediakan hubungan udara yang lebih baik kepada penduduk luar bandar di Sarawak dan Sabah," katanya.