Kerajaan Thai siasat dakwaan BYD kelirukan pelanggan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pejabat Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan agensi perlindungan pengguna negara tersebut untuk menyiasat tuduhan selepas seorang pengguna membuat aduan rasmi berkaitan tawaran diskaun agresif yang dilakukan.

Menurut laporan South China Morning Post, pengguna itu mendakwa wakil penjual itu memberikan tanggapan bahawa harga kenderaan itu akan meningkat selepas tempoh tawaran diskaun itu tamat.

Apa yang berlaku ialah BYD terus menurunkan lagi harga kenderaan dengan meningkatkan lagi jumlah diskaun yang diberikan.

Rever Automotive, wakil pengedar rasmi BYD di Thailand dan BYD sendiri tidak memberikan sebarang komen berkaitan isu tersebut.

Rever dan BYD mempunyai lebih dari 100 pengedar di Thailand. Pegawai atasan di Lembaga Perlindungan Pengguna Thailand berkata pengedar itu telah dipanggil untuk menerangkan tentang isu tersebut dan mencari jalan penyelesaian.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Imej rasmi menunjukkan SUV berkenaan membawa identiti “Ocean 8”, manakala sedan pula dikenali…
Berita Global
Berdasarkan laporan CarNewsChina, BYD merekodkan jualan 414,784 kenderaan penumpang pada Disember…
Berita Global
Tiada sebarang rancangan atau persiapan Menurut laporan Electrek, khabar angin tersebut mendakwa…