Kerajaan tidak bercadang lanjut program e-Tunai Rakyat

oleh Penyumbang Rencana 2|
KERAJAAN tidak bercadang melanjutkan tempoh pemberian insentif RM30 kepada rakyat yang mendaftar menggunakan aplikasi pembayaran digital e-Dompet selepas proram itu berakhir 14 Mac ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, rakyat yang layak diberi tempoh memohon wang percuma itu sehingga 9 Mac.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Buat masa ini kita tidak ada cadangan untuk lanjutkan kerana kita bagi tempoh dua bulan, tapi kita tunggu dan lihatlah, kerana bila kita lihat sambutan yang baik, yang penting ialah kita nak tarik seberapa ramai yang boleh untuk beli atau jual atas talian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Pelancaran Inisiatif E-Tunai Rakyat di Ipoh, Perak hari ini.

Menurut Guan Eng, sehingga kini seramai 2.6 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar melalui tiga platform pembayaran digital iaitu Touch ‘n Go, Boost dan Grab.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak dua juta permohonan sudah diluluskan pembayaran insentif berkenaan.

Tambah beliau, selepas empat hari dilancarkan bermula 15 Januari lalu, lebih 10 peratus atau RM59 juta telah dibelanjakan daripada RM450 juta yang diperuntukkan.

Katanya, matlamat utama kerajaan ketika ini ialah untuk menggalakkan sekurang-kurangnya15 juta rakyat malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun untuk memohon.

Lim berkata, kempen insentif e-Tunai itu berlangsung sehingga 14 Mac dengan wang yang dikreditkan perlu dibelanjakan sehingga tarikh berkenaan, manakala pendaftaran untuk aplikasi e-Tunai perlu dilakukan sebelum 9 Mac.

 

*Artikel oleh Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut siaran media tersebut, pihak kerajaan akan meneliti cadangan dari lapan syarikat secara…
Berita Domestik
Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berkata Proton secara tiba-tiba…
Informasi
  Beliau berkata keputusan itu diambil dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat…