Kerana bunyi hon, gajah mengamuk pijak kereta!

oleh SALINA JALIL|
LIMA individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak gajah yang mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon.

Kejadian menakutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, kira-kira jam 7 malam tadi.

Kenderaan itu dikatakan menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa.

 

"Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon.

 

"Kereta belakang hon, gajah bangun mengamuk pijak bonet kereta mereka, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta," katanya menerusi satu pesanan suara.

 

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain berpatah balik dan berhenti di Hentian (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

 

Katanya lagi, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka rosak dipijak gajah berkenaan.

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

 

Beliau berkata, kakitangan sudah dihantar ke lokasi bagi melakukan siasatan lanjut dan pemantauan.

 

 

-kepada pemilik kenderaan yang membunyikan hon anda  di tempat kejadian, semoga anda insaf, kerana sikap tidak bersabar anda, orang lain yang jadi mangsa. Kepada kita yang lain, jadikan ini pengajaran-

 

HM

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ya, tahun demi tahun, selepas ratusan dan ribuan kali ia dibunyikan atas jalan raya tatkala…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata penahanan dibuat di…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi…