Kerana simpati, mekanik OKU kini kurang pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang untuk seseorang itu mencipta nama dan kerjayanya sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, kekurangan yang dialami bukan untuk meraih simpati sebaliknya masyarakat perlu membantu mereka menempuhi kehidupan mendatang.

Demikian luahan OKU dikenali Pak Busu apabila menyedari orang ramai tidak lagi menghantar kenderaan ke bengkel keretanya kerana mengetahui kekurangan pada dirinya.

Luahan itu dimuat naik di Facebook miliknya hingga tular di laman sosial.

"Patut la orang tak nak hantar kereta ke bengkel saya untuk dibaiki. Rupa-rupanya orang kasihan tengok saya buat kerja.

"Jangan kasihankan saya, sepatutnya kamu semua kasihankan anak isteri nak makan apa nanti," tulisnya.

Sebagai seorang bapa kepada dua anak, dia memikul tanggungjawab untuk menyara isteri dan keluarganya malah ia bukan satu bebanan.


 


"Ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk buat kerja, cari rezeki bagi anak-anak, isteri makan. Beri duit perbelanjaan anak-anak sekolah harian, bayar bil elektrik, air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi.

"Sesiapa yang kereta rosak tu, hantarlah ke bengkel IM Auto Garage saya. Bagi saya buat kerja, dapatlah saya bagi anak bini makan untuk meneruskan kehidupan ni," katanya.

Dalam pada itu, posting terbaharunya dia mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan netizen kerana membantu promosikan luahan hatinya dan mendoakan agar semua dimurahkan rezeki.

Sumber : Sinar Harian