Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Indonesia - 90% telah siap, bakal dirasmikan bulan depan

oleh Penyumbang Rencana|
Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Jakarta-Bandung telah pun 90 peratus siap, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi telah membuat lawatan ke stesen Tegalluar Bandung - satu daripada empat stesen kereta api itu, di mana lapan kereta api dan kereta api pemeriksaan yang tiba dari China pada awal September lalu diletakkan.


Laluan perkhidmatan HSR yang menghubungkan ibu kota Indonesia dengan Bandung, bandaraya berpenduduk padat di wilayah Jawa Barat adalah sebahagian daripada inisiatif Infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkhidmatan HSR tersebut adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya Jakarta-Bandung kepada 40 minit daripada tiga jam sebelum ini.

 

Jokowi juga dijangka akan menjemput rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping untuk menaiki kereta api laju buatan China selepas sidang kemuncak Negara Kumpulan 20 di Bali bulan depan.


Kereta api itu direka dan dibina oleh syarikat kereta api CRRC Qingdao Sifang China. Pada bulan lalu, penghantaran yang pertama telah dibuat oleh syarikat itu dalam keseluruhannya memperoleh kontrak membina 11 kereta api laju lapan gerabak KCIC400AF dan satu kereta api pemeriksaan KCIC400AF-CIT. 


Kontrak itu, bernilai AS$364.5 juta (RM1.7 bilion), yang diberi kepada CRRC pada April 2017.

 

map


Pembinaan landasan HSR yang bermula pada 2016 pada asalnya dijangka mula beroperasi pada 2019 tetapi tertangguh sehingga Jun 2023 berikutan pertikaian yang membabitkan pembelian tanah dan isu alam sekitar.


Laluan HSR Jakarta-Bandung sepanjang 142.3 kilometer bernilai AS$7.8 bilion (RM36.59 bilion) sedang dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia-China atau PT KCIC, usaha sama antara konsortium empat syarikat milik Indonesia dan China Railway International Co Ltd.


CRRC mendakwa kereta api KCIC400AF boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer (217 batu) sejam, melepasi selekoh dengan jejari minimum 150 meter (492 kaki), dan dilengkapi dengan motor elektrik, setiap satu dengan kuasa 625,000 watt. 


Kereta api itu akan dibahagikan kepada tiga kelas: VIP, pertama dan kedua, dan mempunyai ruang yang besar antara tempat duduk.


Kereta api itu juga diubah suai secara khusus bagi mengikut iklim tropika Indonesia, dan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang dipertingkatkan yang mempunyai keupayaan untuk mengesan gempa bumi, banjir dan keadaan kecemasan lain. 


Panjang kereta api lapan gerabak itu ialah 208.9 meter.
 

gambaran stesen-stesen yang telah disiapkan

 

Perjanjian kereta api itu ditandatangani pada Oktober 2015 selepas Indonesia memilih China berbanding Jepun dalam pembidaan kompetitif, dan dibiayai oleh pinjaman daripada Bank Pembangunan China sebanyak 75 peratus dan baki 25 peratus adalah dana konsortium sendiri.


Perkhidmatan HSR sepanjang 750 kilometer akan merentasi empat wilayah di pulau Jawa dan berakhir di bandar kedua terbesar negara itu, Surabaya. 


Dalam pada itu, projek kereta api bawah tanah Jakarta, salah satu usahasama yang disokong oleh Jepun telah dirasmikan pada 2019 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Indonesia untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. 


Fasa kedua akan selesai tidak lama lagi dan United Kingdom dan Jepun telah menawarkan pinjaman mudah kepada Indonesia untuk fasa ketiganya, kata Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi.


Kerajaan Indonesia juga telah menyiapkan beberapa projek rel lain, termasuk perkhidmatan transit rel ringan (LRT) di Palembang dan Jakarta, manakala lima bandar lain, termasuk Bali, masih dalam perancangan untuk projek LRT tersebut.
 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Dari segi reka bentuk pula, HSR Kuala Lumpur ke Singapura perlu mempunyai kelajuan 350 kilometer…
Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…