Kereta api laju tergelincir dari landasan, 8 cedera, pemandu maut

oleh SALINA JALIL|
Pemandu kereta api maut manakala lapan yang lain cedera selepas kereta api laju tergelincir di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China,menurut China State Railway Group Co, Ltd, lapor Xinhua.


Kejadian berlaku pada 10.30 pagi Sabtu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Dua gerabak kereta api D2809 dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan akibat lumpur dan gelongsor batu ketika kereta api itu hampir tiba di stesen Rongjiang, kata syarikat itu.

 

Mereka yang cedera termasuk seorang atendan kereta api dan tujuh penumpang.

 

Mereka sudah menerima rawatan di hospital tempatan.

 

Sejumlah 136 penumpang lain telah dipindahkan, kata syarikat itu sambil menambah siasatan kemalangan sedang dijalankan.

 

kereta api

 

 

GlobalTimes

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…
Berita Global
  "Ini adalah langkah penting dan simbol yang kuat dalam dasar pengurangan pelepasan gas rumah…
Berita Domestik
Menurut Berita Harian, dalam satu kenyataan, Berjaya Land berkata ia akan terbabit dalam proses…