Kereta baharu Skoda bakal hadir dengan amaran lawan arus!

oleh Mohamad Hanif|
Skoda bakal melengkapkan setiap model kenderaan akan datang dengan sistem keselamatan yang mampu memberikan amaran kepada pemandu sekiranya mereka didapati memandu melawan arus trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem keselamatan Traffication yang dibangunkan bersama Bosch itu akan menggunakan data daripada bacaan GPS kenderaan untuk membandingkannya dengan arus trafik semasa.

Jika sistem tersebut mendapati pemandu melawan arus berdasarkan data yang bercanggah, ia akan menghantar isyarat amaran secara terus kepada skrin infotainmen kenderaan bagi menyedarkan pemandu supaya membetulkan kembali pemanduan.

Menurut Skoda lagi, kemaskini perisian akan datang membolehkan sistem ini menghantar isyarat amaran kepada pemandu dari arah bertentangan.

Selain daripada Skoda, Bosch juga sedang merancang untuk memperluaskan sistem ini kepada syarikat automotif yang lain.

Mungkin Bosch perlu berbincang secara terus dengan pengeluar kereta tempatan seperti Proton dan Perodua, dan menjadikan aplikasi ini sebagai ciri standard pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…