Kereta dengan dua kanak-kanak rempuh gerai bazar Ramadan, peniaga melecur 25% terkena minyak panas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Seorang peniaga lelaki mengalami kecederaan melecur pada tahap 25 peratus selepas kuali yang dipenuhi minyak panas tertumpah mengenai anggota badannya dalam kejadian di Bazar Ramadan Kuala Klawang di Jelebu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian pada jam 5.45 petang itu berlaku apabila sebuah kereta yang diletakkan berhadapan dengan sebuah tapak gerai di bazar itu telah menggelongsor dan melanggar sebuah gerai di situ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Akibat daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan kuali yang dipenuhi minyak panas telah tertumpah lalu, terkena seorang peniaga.

"Mangsa berusia 40-an mengalami kecederaan melecur pada tahap 25 peratus di bahagian belakang badan, paha dan betis kaki sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat di mana ketika kejadian terdapat dua kanak-kanak berada dalam kenderaan tersebut tanpa pengawasan ibu bapa.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 14(1)(A) LN 166/59 iaitu tiada mematikan enjin semasa meninggalkan kenderaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu Sarjan Azani Jusoh di talian 016-9752980," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini ialah untuk membantu meringankan…