Pemandu itu memaklumkan kepada polis bahawa kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di kilometer (KM) 14.7 ketika menghala naik ke Genting Highlands.
Turut tular satu video berdurasi 12 saat di Tiktok menunjukkan kereta yang sama dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
"Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.
"Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab," katanya.