Kereta elektrik baharu Mazda di Tokyo Motor Show 2019

oleh Mohamad Hanif|
Mazda yang dikenali dengan teknologi enjin Skyactiv kini bersedia untuk memperkenalkan model elektrik serba baharu pada acara Tokyo Motor Show tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut wakil Mazda, Yoshikazu Nagai berkata, pihak mereka akan menyediakan beberapa jenis prototaip EV di acara tersebut dan menariknya ia bersedia untuk dipandu uji!

Model EV baharu ini dikatakan bakal membawakan penggunaan platform serba baharu, namun buat masa ini ia bakal 'bersembunyi' di sebalik kulit CX-30. 

Laman web Automotive News mengesahkan bahawa model EV baharu ini bukanlah sebuah Mazda CX-30 yang dilengkapkan dengan trenkuasa elektrik, sebaliknya ia adalah model serba baharu dan tidak berpaksikan daripada mana-mana model Mazda sedia ada. 
 


Sedikit perincian berkenaan model EV ini didedahkan seperti pek bateri berkapasiti 35.5 kWh yang menyalurkan kuasa elektrik kepada motor elektrik tunggal, dan model EV ini berupaya menghasilkan 142 kuasa kuda dan 264 Nm daya kilas. 

Berdasarkan saiz bateri yang diperincikan pada perenggan di atas, ia dianggarkan mampu memberikan jarak operasi sejauh 241 km, menyamai rekod jarak operasi yang ditawarkan oleh Mini Cooper SE.

Selain daripada itu, Automotive News turut melaporkan bahawa EV Mazda ini akan dijual dalam dua konfigurasi trenkuasa; elektrik sepenuhnya dan versi penambah jarak (range-extender). 

Versi elektrik sepenuhnya akan disasarkan untuk beberapa pasaran utama seperti Jepun, Eropah dan China manakala versi range-extender akan dihalakan ke pasaran Amerika Syarikat, di mana terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap EV yang mempunyai jarak operasi yang lebih jauh. 
 


Trenkuasa range-extender ini difahamkan akan menampilkan enjin rotary serba baharu yang dibangunkan oleh Mazda, bertujuan untuk bertindak sebagai penambah jarak dan bukannya enjin utama di dalam kenderaan. 

Walaupun Mazda dilaporkan mempunyai kerjasama EV bersama Toyota, Subaru, dan juga Suzuki sebelum ini, kereta elektrik ini tidak akan melibatkan nama-nama yang disebutkan tadi, bermakna Mazda bersendirian dalam membangunkan model baharu ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…