Kereta elektrik di Eropah wajib bising

oleh HEZERI SAMSURI|
Penjualan kenderaan elektrik (EV) di Eropah semakin tinggi kerana ia dianggap sebagai penyelamat cuaca dunia.

Namun begitu, EV mempunyai satu masalah - ia terlalu senyap dan ini memeranjatkan pejalan kaki (terutama yang warga cacat penglihatan) dan penunggang basikal.

Kerana itu, Kesatuan Eropah telah mewajibkan semua EV yang sedang dibangunkan dan bakal dijual di Eropah perlu datang dengan sistem amaran akustik kenderaan (AVAS). 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EV itu perlu menghasilkan bunyi di luar bila dipandu pada kelajuan di bawah 19 kmsj atau ketika mengundur.

Bunyi sistem itu akan menyerupai bunyi enji biasa dan pemandu boleh memadamkannya untuk sementara waktu.

Akta itu telah diluluskan dalam tahun 2014 di Parlimen Eropah dan jangkamasa transisi lima tahun telah pun berlalu.

Akta itu akan berkuatkuasa mulai Julai 2021 dan akan membabitkan semua EV dan juga kenderaan hybrid.

Jualan EV bakal melonjak naik, terutama bila Britain dan perancis akan mengharamkan jualan kenderaan petrol dan diesel mukai tahun 2040.

India juga mempunyai rancangan yang sama dan sasaran mereka ialah dalam tahun 2030, lebih awal dari dua negara Eropah itu.

Norway pula telah mengumumkan kesemua kenderaan persendirian dan van akan hanya datang dalam varian EV pada tahun 2025/

Bloomberg New Energy Finance meramalkan enjelang 2040, 57 peratus kenderaan baharu dijual di seluruh dunia adalah dari varian EV.

Malaysia juga dikatakan sedang bergerak ke arah kenderaan EV, cuma belum dipastikan lagi bila ia akan diumumkan secara rasmi dan apakah tindakan dan pelan perancangan yang akan dilakukan. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…