Kereta Ferrari F1 dikesan di Lebuhraya; pemandu terlepas dari saman kerana topi keledar! (Video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta Formula Satu (F1) dikesan memandu di lebuh raya membuatkan pengguna jalan raya terpinga-pinga.


Jentera Ferrari lama itu dirakam memandu laju di sepanjang lebuh raya dua lorong.


Kereta F1 itu dikesan sepanjang lebuh raya D4 yang keluar dari Prague di Republik Czech menuju ke sempadan Jerman.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Bagaimanapun ia menjadi satu kesalahan undang-undang di mana tidak dibenarkan memandu kenderaan sedemikian di lebuh raya di Republik Czech dan polis menyiasat kejadian yang serupa pernah berlaku pada 2019.

 

Kereta yang sama dikesan memandu di lebuh raya yang sama.

Pemilik kereta itu berjaya dikesan namun suspek menafikan dia ada pemandu ketika itu.

 

Memandangkan polis tidak dapat membuktikan kesalahan apabila pemakaian topi keledar menyembunyikan identiti pemandu, pertuduhan tidak dapat dikenakan ke atas suspek.

 

Ini bermakna pemandu berkenaan dapat mengelak daripada didenda ribuan pound dan larangan memandu selama setahun.

 

Namun pengguna laman sosial menganggap insiden berkenaan sebagai kelakar malah ada yang memuji pemandu itu kerana berani membawa kereta F1 miliknya di jalan raya.

 

Seorang pengguna Twitter menulis: "LEGEND"

 

Seorang lagi menambah: "Kami suka melihatnya, segera kembali hanya untuk mengambil susu di dalam kereta F1".

 

Yang ketiga berkata: "Tidak semua pahlawan memakai jubah.

 

Video di bawah:

 

 

Agensi

Ads by

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  “Seb adalah pilihan utama kami,” kata Binotto ketika majlis memperkenalkan jentera baharu…
Berita Global
Bagi menyambut ulang tahun yang ke-50 lagenda Formula One, Michael Schumacher, Muzium Ferrari yang…