Kereta habis minyak, lelaki mabuk hubungi pihak polis dakwa diserang lelaki bersenjata AK-47

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan, sumber: Bridge Michigan
Anugerah penjenayah yang paling bengap dalam dunia kini disandang oleh seorang lelaki Detroit berusia 30 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Michigan State Police, lelaki tersebut ditahan kerana membuat panggilan palsu yang mendakwa dia dan rakan perempuannya ditembak semasa melakukan perjalanan di Interstate 94.

Hakikat sebenarnya, kedua-dua suspek itu kehabisan petrol dan sebelum itu telah menghubungi pihak 911 untuk mendapatkan bantuan, namun usahanya gagal.

Demi mendapatkan respons pantas, lelaki itu bertindak menghubungi Detroit Regional Communications Center dan mendakwa mereka diserang oleh lelaki kulit putih yang memandu sebuah SRT berwarna ungu menggunakan senjata AK-47.

Setibanya pihak polis di tempat ‘kejadian’, mereka mendapati kereta yang dipandu suspek tidak mempunyai sebarang kesan tembakan, dan tiada seorang pun yang cedera akibat ‘serangan’ tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, lelaki tersebut didapati berada dalam keadaan memabukkan dan langsung tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Michigan State Police telah menahan lelaki tersebut atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai kandungan alkohol dalam darah 0.16, dua kali ganda melebihi had yang dibenarkan.

Sumber: Michigan State Police

Berita Berkenaan

Berita Global
Ford Mustang Mach-E kini merupakan kenderaan elektrik pertama yang sudah melepasi ujian penilaian…