Menurutnya, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa, namun sebuah kereta jenis Nissan Almera dihanyutkan sebelum ditemui di dalam sungai.
"Antara kemudahan yang terjejas ialah lima kiosk, lapan kedai di 'food court', lima kedai baju dan dua buah cafe.
"Bagaimanapun kita masih belum terima laporan mengenai kejadian setakat ini," katanya pada Jumaat.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata, hujan lebat berterusan dari jam 11.30 malam pada Khamis sehingga 12.50 tengah hari pada Jumaat mengakibatkan kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh.
Beliau berkata, hujan mula berhenti pada jam 2 petang dan air surut sepenuhnya pada jam 2.40 petang pada Jumaat.
"Kerosakan di kawasan yang terjejas masih dikenal pasti," jelasnya.