Kereta Hyundai/Kia bakal dilengkapi teknologi penukaran gear ramalan pintar

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi pengeluar automotif dari Korea Selatan kini tidak boleh dipandang remeh sama sekali, dan tahap kemajuan teknologi mereka kini setanding dengan para pengeluar global yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini mereka merevolusikan teknologi CVT dengan Smartstream Intelligent Variable Transmission yang menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, kali ini sistem transmisi itu dipertingkatkan lagi keupayaannya dengan teknologi pintar baharu. 

Dinamakan sebagai Information and Communication Technology (ICT) Connected Shift System (ya tuhan panjangnya nama!), ia merupakan teknologi penukaran gear ramalan (predictive) pertama yang membolehkan kenderaan menukar posisi gear bergantung kepada kondisi trafik serta keadaan jalan. 

Sistem ini bergantung kepada suapan informasi masa nyata yang disalurkan daripada kamera (informasi laluan), radar (kelajuan dan jarak), dan sistem navigasi tiga dimensi (kecerunan, selekoh, keadaan jalan) bagi membentuk sebuah kombinasi peta maya yang lebih jitu. 
 


Jika pemanduan biasa memerlukan input daripada pemandu (sekiranya perlu), sistem terbaharu dari Hyundai dan Kia ini mampu menjangka situasi di hadapan dengan lebih terperinci dengan adanya gandingan kamera, radar dan sistem navigasi. 

Daripada situ, sistem komputer akan merangka kadar pertukaran gear yang diperlukan sekaligus memberikan kesan kepada penjimatan bahan api yang lebih baik. 

Malah, menurut ujian yang dijalankan, sistem ICT Connect Shift ini mampu mengurangkan frekuensi penukaran gear ketika mengambil selekoh sebanyak 43 peratus, manakala frekuensi brek juga turut dikurangkan 11 peratus bagi mengurangkan kadar kepenatan pemandu dan kelusuhan pad brek. 

Setakat ini, Hyundai dan Kia merancang untuk melengkapkan sistem pintar ini pada model akan datang, dan disekalikan dengan teknologi pemanduan autonomi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…
Berita Global
Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan. Namun, informasi yang…