Kereta ikonik Porsche 911 tahun 1992 Diego Maradona bakal dilelong pada harga RM959,000

oleh SALINA JALIL|
Kereta Porsche tahun 1992 milik Diego Maradona yang menyaksikannya pernah ditahan kerana memandu melebihi had laju ketika era kegemilangannya di Eropah, akan dilelong dengan harga £170,000 (RM959,000).


Legenda Argentina itu yang meninggal dunia November tahun lalu pada usia 60 tahun, kembali ke negaranya dari Sevilla pada 1993 selepas pelbagai kontroversi di luar padang ketika di Sepanyol.


Hanya 1,200 model Porshe 911 seperti dimiliki Maradona dikeluarkan dan dia seringkali dilihat memandu kereta itu untuk menjalani latihan di Sevilla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Syarikat lelongan antarabangsa, Bonhams menjangkakan kereta mewah itu akan dijual sekitar £130,000 (RM733,000) sehingga £170,000 (RM959,000) di Paris antara 3 hingga 10 Mac ini.

 

Maradona menerima kereta itu pada November 1992, dua bulan selepas menyertai Sevilla.

 

Maradona sering ditahan dalam beberapa insiden termasuk pasukan polis yang lengkap bersenjata menahannya kerana memandu melebihi had laju ditetapkan.

 

geran

 

Dia kembali ke Argentina bersama Newell's Old Boys serta bekas kelab, Boca Juniors sebelum bersara pada 1997.

 

Bonhams berkata kereta Porsche itu dimiliki oleh beberapa individu sebelum dibeli oleh pemilik terbaharu pada 2016.

 

Oleh sebab kereta itu mempunyai kaitan dengan Maradona, maka nilainya agak tinggi.

 

 

The Sun

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Cap hpi menggunakan kaedah undian di kalangan editor permotoran firma yang diasaskan pada tahun…