Kereta jarang digunakan? Jana pendapatan tambahan dengan Flux

oleh Mohamad Hanif|
Musim pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda sememangnya mendatangkan kerisauan, ramai yang kehilangan mata pencarian sehinggakan terpaksa menjual barangan termasuk kereta peribadi demi kelangsungan hidup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang mempunyai kereta simpanan yang jarang-jarang digunakan, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjadi hos Flux.

Flux merupakan platform langganan kenderaan yang membolehkan pengguna dan perniagaan untuk melanggan sesebuah kenderaan untuk tempoh 1 hingga 36 bulan.

Kebiasaannya, Flux memperoleh inventori daripada peruncit automotif, namun perkhidmatan ini telah dibuka kepada para pemilik kenderaan individu yang membolehkan mereka menyewakan kereta kepada lebih 4,000 ahli Flux.
 

FF


Dengan menyenaraikan kereta peribadi di bawah Flux, pemilik kereta dapat menikmati manfaat seperti penjimatan perbelanjaan bulanan/tahunan untuk servis, pembaharuan insurans dan cukai jalan, selain mampu menjana pendapatan tambahan, serta mengelakkan masalah timbul akibat kenderaan yang tidak dipandu dengan kerap.

Selain daripada itu, Flux juga akan melindungi kenderaan anda dengan perlindungan insurans yang khusus, serta memantau status kereta dengan menggunakan sistem telematik.

Berikut merupakan anggaran pendapatan yang boleh dijana berdasarkan model-model kereta yang popular di Flux.
 

FLUX


Untuk menjadi hos Flux, anda hanya perlu melayari portal driveflux.com, atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan di talian 03-6411 5611, atau emel kepada [email protected].

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara pameran itu bakal diadakan di ibu pejabat Flux bertempat di Solaris Mont Kiara pada 28 Ogos…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…