Kereta jatuh gaung, empat beranak nyaris maut

oleh Penyumbang Rencana 2|
Empat beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter berdekatan Pos Kuala Mu di sini petang tadi, menurut laporan Kosmo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.45 petang.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan jenis utiliti sukan Jeep Cherokee dipercayai terbabas di laluan selekoh tajam semasa dalam perjalanan pulang selepas berkelah di Pos Kuala Mu. 

Hasil pemeriksaan, seorang lelaki cedera di muka dan kaki, manakala seorang wanita didapati sesak nafas. Dua lagi remaja perempuan masing-masing mengalami cedera ringan. 

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Siput menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan, sementara tiga mangsa lain dibawa oleh jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (ERMS) bomba.  

Berita penuh: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Turut menjadi korban dalam kejadian dilaporkan kepada bomba pada jam 3.26 pagi itu adalah seorang…